Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, June 29, 2010

Selamat Hari Lahir Anakku, Muqrie + Pengalaman Bersalin

Hari ini, 29 Jun 2010 genap umur Muqrie 3 tahun. Sebagai seorang ibu, mama hanya berharap Muqrie membesar dengan sihat, cerdas dan cergas. Jadilah anak yg soleh dan menjadi teladan kepada adik2. Anak yang soleh tu merangkumi sume yg baik2 ye nak.

Tahun ni mama ngan babah x wat birthday party utk Muqrie macam thn lepas. Babah kata, last year dh wat party, this year pegi holiday (dh pegi Langkawi baru ni). Insyaallah...klu ada rezeki, next year wat party pulak. Hmmmmm...sbb no party this year, kali ni mama juz bagi party pack kat taska Muqrie jer. Cikgu Muqrie kata...biasa kt taska tu xde parents dtg celebrate birthday...juz bagi party pack je. So, ok....mama pn wat cam tu jugaklah!

Sebab no birthday cake, MAMA WAT CUPCAKES utk letak dlm party pack tu - dibantu oleh Che Su utk bab2 desingn. Hehehe...ni kira 1st time, so comot sana-sini. Tapi Moist Chocolate Cupcakes topping ngan Ganache yg mama wat tu...dapat byk pujian. Desingn rumput tu lak...kek dia je dpt pujian. Buruk tapi sedap! =))



-------------------------------------------------------------------------
Mengimbas kembali saat2 melahirkan Muqrie. Muqrie sepatutnya lahir 23 Jun 2007 (Sabtu). Doktor ada pesan, kalau 9 hari lepas tarikh tu x bersalin jugak...kena induce.

Okeh, 23 Jun...xde tanda2 langsung.

26 Jun (Selasa) - mama dh siap2 amik Cuti Rehat dari Hari Isnin. Petang tu mama terjaga dari tidur, ada bleading sikit. Terus kejut babah yg tdo kt sebelah. Babah pn terus bangun, gi amik wallet...ckp, "Jom, jom!". Hehehe...padahal dia pakai seluar pendek jer time tu. (ada aksi sikit gelabah di situ). Mama lak, dgn aksi lenggang kangkung...capai towel, gi mandi! Sebabnye xde rase sakit langsung. Babah plak, tgk mama gi mandi, dia pn bersiap2 la elok2. Malu la tu... ;) . Sampai Hospital Serdang, doktor check (seluk)...soh balik sbb lambat lagi dh tu xde rase contraction. Malam tu baru start rase contraction dlm 30 minit skali. Ma (mak mertua) kat Serdang, soh gi umah. Takut kalau ada apa2 terjadi.

27 Jun (Rabu) - Pagi gi umah ma. Angkut sume brg2 keperluan. Sepanjang hari contraction dlm 25 ke 20 minit skali. Petang tu Abah dan Mak dtg melawat mama sekejap. Maklum la anak sulung + nk sambut cucu sulung nih. Malam contraction dh 15 minit. Mama pn dh rase cam nk bersalin. Pkul 9.00 mlm doktor ngn nurse check, bukaan baru 2cm. Doktor jangka pagi esok (28 Jun) baru bersalin so masuk wad dulu. Tinggallah mama kt wad mlm tu sowang2 sbb nurse x bagi sapa2 teman. Ada 4 orang dlm satu bilik. Nurse yg bertugas mlm tu pn kata, "Esok pagi bersalin lah ni...". Sepanjang malam hingga nak waktu subuh, mmg sakit sgt2. Contraction dlm 10 minit. Mama soh nurse check...baru 2cm lebih. 2cm lebih jerrrrr????? Sbb mama rasa sakit, dh x bole tahan...sakit sgt. So, nurse ada bagi ubat. Lepas tu baru mama bole tdo sekejap.

28 Jun (Khamis) - Dalam pkul 7.30 pagi, walaupun bkn time mlawat, babah dtg jenguk mama. Mama x bole bangun nk duduk sendiri. Babah yg kena tlg dudukkan mama kt katil. Still sakit setiap kali contraction. Pastu babah kena blk (nurse suruh. hehe...). Time melawat tgahari dan petang, babah n keluarga2 dtg. Mama sakit smpai x bole nk mkn. Perut lapar, tapi mmg x bole nk mkn sbb sakit sgt. Teringat ma ckp, klu tanda bersalin keluar darah dulu, nnti sakit lebih lama. So, merasa lah mama sbb mama dh bleading 2 hari seblom tu kan. Bila malam, sakit semakin menjadi2. Contraction 5-7 minit skali. Nurse yg bertugas mlm terkejut tgk mama x bersalin lagi. Dia igtkan pagi dh bersalin dah. Dlm pkul 12.00 mlm tu dia check, kata dh bole msuk labour room, standby baju baby n kol husband. Lpas kol babah kt umah, trus babah tggu kt bwh (dewan bersalin). Mama kt atas, tggu nurse dtg amik.

29 Jun (Jumaat) - Punye la tggu, skali pkul 2.00 pagi baru nurse & staff dtg bwk wheel chair. Labour room penuh sbb tu derang amik lambat. Babah pn dh kol tnye keadaan. Dalam labour room, lagilah. Dok sorang2 dlm bilik menahan sakit. Mama x boleh mengiring (klu mengiring kurang sikit sakit) sbb setiap kali mengiring mesti machine tu x dpt detect jantung baby. Contraction makin kuat, 2 min skali. Dapat msg dari Abah kata yg setiap kali dia sembahyang kat masjid lain2 sambil berdoa utk mama. Pastu ntah pkul bape...mama ckp kt nurse rase cam baby nk kuar dah. Nurse check kata blom lagi tapi dh rase nk meneran dh ni. Sorang nurse senior msuk, kata ok lah klu dh rase nak push. Derang panggil babah msuk. Siap kena pakai pakaian plastik cam kt dlm spital tu lah. Bila babah masuk labour room tetiba mama rase x nak push. Tnggu sekejap dlm 5 min camtu kot baru rase nk push. So, bermulalah aksi push-mengepush. Push kali ke-3 sambil nurse gunting 'ehemmm', bunyi la suara tangisan baby. Nurse tunjuk baby soh ckp jantina ape. Mama ckp, "Ha..nampak". Jantina ape? "Lelaki...". Kendian, dgn lafaz Bismillah babah pn potong pusat Muqrie. Mama diberi minum air milo. Nurse bersihkan Muqrie sikit2 dan letak atas dada mama. Lepas myusukan Muqrie sekejap, nurse amik Muqrie bwk ke bilik sebelah utk diazankan oleh babah. Wan Muqrie Raziq telah selamat dilahirkan pada pukul 8.10 pagi dengan berat 3.35kg.

Ni gambar Muqrie selepas diazan. Babah amik gamba ni sorok2. Heheheh...



7 comments:

DIDOT said...

happy besday to muqrie ;D..nape x lahir 26hb..kalu x ley sambut sesame ngan auntie aida..heheh..

fatenton said...

happy besday muqrie..
dah besar nanti jadi budak yang baik and pandai nanti boleh jaga mama and babah.. :)

eii bace cite kak jun rasa takut pulak nak bersalin :D

knizamk said...

Muqrie,
First time pakngah nak tgk muqrie, tayar kete pancit. 10minit je dh dpt tukar sbb tak saba nak tgk muqrie.
Pastu, bila dapat tgk je muqrie... alaaa chomeeeeyyy... terus jadi anak sedare kesayangan pakngah... anya nombo 2 yeee..

JUE said...

MiDiAida : Owh...heppy belated beshday auntie aida! ni beshday auntie yg dh keberapa dh ni? =)

fatenton : Tengkiu auntie faten...Muqrie akan igt pesan auntie. hehehe...

JUE said...

Pak ngah...
Ye ker pak ngah? a'ah la...mama pn ckp betul tayar kete pancit. Hehe...untung muqrie jadi anak 1st! Adik jgn jeles tau! Pakngah sayang Abg lebih! =D

Unknown said...

oho...sedapnyer kek mama muqrie buat ek.....happy besday yer muqrie...

JUE said...

mmg sedap kek tu aunty zura! apa rahsianye yer...? hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails