Wednesday, January 13, 2010
ANAK MENGAMUK
Haaa korang...ni la anak aku yg sulung. WAN MUQRIE RAZIQ. Umur dia skang 2 tahun 6 bulan. Muqrie ni mmg aktif....ialah budak lelakikan. Mulut pun bole tahan...nak bercaaakapppp jer. Tanye itu...ini... Hah lagi satu, suke nyanyi! AJL baru ni syok betul dia nyanyi lagu si YUNA tuh. walaupun pelat (tak pe la nakkk...janji mama n babah paham ape yg muqrie nyanyi k!). heheheh.....
Hah nak tau ape kena mengena ngan tajuk entry ni? Tadi mase aku tgh belek2 paper Metro...terbaca la satu artikel ni. Tajuk...Cuba Bertenang Hadapi Anak Mengamuk. Muqrie ni pun bole tahan tau kalau dia mengamuk. Dia punye menjeeeritttt...huh, sabar je la nak oi. Pape pun artikel ni rasenye bole membantu ibu ibu bapak bapak sekalian! SELAMAT MEMBACA!
SEORANG ibu merah padam mukanya apabila si kecilnya membentak dan menangis dengan jeritan kuat ketika membeli-belah di pasar raya.
Si ibu yang mulanya sabar memujuk akhirnya hilang kesabaran sehingga dirasakan hendak mencubit saja si kecil itu. Rasa tercabar dengan sikap si anak, semakin dipujuk, semakin kuat tangisannya. Sehingga hilang punca dan terasa malu, si ibu meninggikan suara. Situasi sedemikian dialami hampir kebanyakan kanak-kanak tidak kira di mana. Pakar kanak-kanak mendapati, usia antara 16 bulan hingga tiga tahun membuatkan mereka selalu mengamuk. Ini suatu perkembangan yang normal kerana kanak-kanak pada peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi.
Mereka juga punya sifat mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Ketika itu, mereka belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Kanak-kanak pada peringkat terbabit akan mengamuk kerana kecewa apabila tidak dapat melakukan tugasan atau memanipulasikan mainan seperti kehendak mereka. Mereka akan mengamuk apabila permintaan tidak dipenuhi dan mendengar perkataan 'jangan'.
Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal, sebagai ibu bapa, tabiat anak itu harus dikawal dan dibendung sejak mula perkembangannya.
Panduan berikut mungkin dapat membantu ibu bapa menangani masalah berkaitan:
- Mengalih perhatian anak apabila nampak petandanya hendak mengamuk seperti muka anak merah atau mula hendak menangis.
- Tenang menghadapi kerenah anak. Baca surah al-Insyirah untuk menenangkan diri. Berdoa supaya Allah berikan kekuatan minda dan jiwa untuk menjadi ibu yang baik, sabar serta penyayang. Berdoa untuk anak dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang.
- Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan apabila dia tidak boleh melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah serta bantu anak mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
- Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkannya sebentar. Cuma pastikan anak selamat kerana ada kanak-kanak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.
- Apabila anak berhenti mengamuk, bincang dengan mereka mengenai perangainya yang tidak elok itu serta kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi.
Katakan pada anak mengamuk adalah cara yang tidak sihat untuk mereka. Jelaskan kepadanya mengenai ketegasan kita.
- Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak wajar. Kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Malah, jangka masa mengamuk akan lebih panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
waahh...tip yang berguna.
danish pun selalu gak dok ngamuk2 nih.. :P
laki aku mengamok! hahahahhaah!
blog template bole try tgk sini jugak tau:
http://www.giselejaquenod.com.ar/blog/blogger-templates/
xpun google aje. free blogger template~
p/s: rajin2 update blog ye
Ezzah : betul2...mmg berguna. Bila baca artikel tu mcm terkena kt diri sendiri jer. heheh...
eMMe : er laki mengamok? Haaa baca surah al-Insyirah tu eh...pastu tiup kt ubun2. haha...pastu dia pn pelik (ape kena bini aku ni...)
Miss Q : terima kasih daun keladi...len kali mintak tolong lagi! :)
3 column, cuba try
http://minibox-template.blogspot.com/
http://www.suckmylolly.com/labels/3column.html
http://www.getcsstemplates.com/threecolumn.html
http://mashable.com/2007/10/11/free-3-column-web-templates/?cp=1
Post a Comment